Masyarakat muslim cukup unik binaan
strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada
mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata
yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar. Proses
ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam
pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul
s.a.w (yang bermaksud):
“Allah
memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta
Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak
saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah
dan aqidah yang
murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka.
murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka.
Setiap
individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana
sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah:
“Dia
diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid
al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah
dan menumbangkan Rom di tanah Arab.
‘Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam
bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli
Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi
Madinah.
‘Umar
al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah
dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa
dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun
dijadikan tele-aduan umat.
Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha
da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki
sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.
Mu’az bin Jabal dalam soal halal
haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka
mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka
yang sedemikian.
Benarlah kata-kata Abu Bakar
as-Siddiq yang menyifatkan:
"La
Yuhzamu Jayshun Fihi Al-Qa’Qa Ibn Amr - Sawtu Al-Qa’Qa Fil Ma’arakati Ya’dulu
Alfa Rajulan"
“Takkan terkalahkan tentera didalamnya ada al-Qa’qa ibn Amr, Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”.
“Takkan terkalahkan tentera didalamnya ada al-Qa’qa ibn Amr, Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”.
Bukankah
beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan
semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka
dan lain-lain lagi.
Sewaktu
pembukaan Mesir oleh tentera Islam di bawah Amr al-’As, Umar al-Khattab telah
mengirim 4 ribu tentera sebagai tambahan. Pasukan tambahan tentera ini disertai
oleh Zubair al-’Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin Shamit dan Muslimah bin
Mukhlid, yang dikatakan setiap orang bernilai lebih dari seribu orang. Saydina
Umar memberi amanat kepada Amr bin al-’As, "Kamu harus tahu bahawa kamu
mempunyai 12 ribu tentera, dan 12 ribu tentera tidak akan dikalahkan disebabkan
bilangan mereka". Dan berlakulah pembukaan Mesir yang agung di dalam
sejarah Islam.
Setiap
seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan
serta amal kerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan
usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:
“Amal praktik seorang
lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki
kepada seorang lelaki”.
Mereka berusaha
seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya.
Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.
Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.
Kesungguhan inilah
yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:
“Sungguh mengkagumkan
aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang
tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika
kamu menyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.
Lantaran ini, mereka
telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik.
Tiada seorang pun di kalangan mereka
yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami
sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikan daripada aku walaupun
sepotong ayat”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Amal kerja dan
sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang
terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota
Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak
menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin
sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:
“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan
di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia”
[Diriwayatkan oleh Ahmad]
[Diriwayatkan oleh Ahmad]
Nilai dan sikap ini satu fenomena
biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya
menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan
yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih,
sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata: Alangkah indahnya! Alangkah
hebatnya Islam!
Dengan penuh tawadhu’
dan ikhlas, mereka tidak rela diri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang
didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.
“Dan orang-orang yang
kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempat
mereka” [Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk
tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat
slogan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin kepada
mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”
[Muttafaq ‘alaih]
[Muttafaq ‘alaih]
Lantaran itu kita
dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap
melengkapi
kepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan
Islam.
kepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan
Islam.
Akan
tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta
bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin
goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang
agung?
Siapakah
yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan
mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka
daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan
kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat
syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia?
Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan
Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan
mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative
kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan
kita!!!
0 comments